Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar parti bersama 12 lagi ahli lain pada Jumaat.
Menerusi satu notis kepada Setiausaha Agung Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).